sape suka like !

11.10.15

new journey

assalamualaikum semua .. blogger sekalian. lama sangat aih tak update. terasa rindu pula pada blog my simple story nih..

agak busy melakukan beberapa preparation untuk wedding nanti. inshaAllah tak lama ja lagi akan bergelar seorang isteri. isteri ok! nooo!!!!!! aku tak percaya! aishh... dup dap dup dap! tapi ini adalah realiti. sejujurnya memang aku tak sangka akan menamatkan zaman bujang seawal ini. seawal 23 tahun. erm... plan awal akan menamatkan zaman bujang pada 2017 tapi Alhamdulilah Allah permudahkan segala urusan kami.

cik tunang cakap

"tunang bulan 8 kawin bulan 11.."

cepatnya! huhuhu..actually aku pon tak suka lama lama tunang ni. banyak dugaan babe! alhamdulilah segalanya dipermudahkan.

29.8.2015 kami mengikat tali pertunangan.

7.11.2015 inshaAllah kami akan disatukan sebagai pasangan suami isteri.

memang banyak dugaan .

beberapa hari sebelum tunang. aku diberitahu supaya mencari rumah sewa lain kerana rumah sewa yang aku ddk ni telah dijual. Allah. masa tu tak dapat nak pikir apa. syukur ada cik tunang yang sentiasa membantu.


p/s: Alhamdulilah. Allah beri kebahagiaan selepas kesedihan! Moga ikatan yang kami bina berkekalan. Ameen..

3.1.15

kau buat aku ingat.

"What goes around comes around"
Kau penah dengar ayat ni?
Kalau penah bagus. Since aku kenal kau tak penah sikit pun kau menyenangkan hati aku. Dari dulu kau selalu nak cover diri kau. Konon nya kau ni alim sesangat. Tak penah buat jahat. Dulu dengan aku kau cakap kau single. Pastu last last kantoi. Perempuan tu jadi mangsa kau. Kau buat dia fall in love dengan kau pastu kau tinggalkan dia. Ayat kau bagi kat dia sebijik macam yang terjadi sekarang. Sekarang kau dah jadi tunang orang. Tapi kau keep on contact aku. Aku tak kesah kau nak contact aku sebagai kawan. Tapi bila kantoi dengan tunang kau. Kau menyalahkan aku. Seolah olah aku yang hegeh sangat kat kau. Kau pikir aku hamak kat kau lagi?? Sapa contact sapa? Sapa yang cari sapa?? Sapa yang dok ingat number sapa?? So conclusion nya sapa yang hegeh kat sapa?? Kau ke aku?? Kau cakap dengan aku just sesuka. Eh kau. Dari dulu perangai kau tetap sama. Selalu permainkan perempuan.. kau ade adik perempuan.pikir sikit. Aku bukan jahat sangat nak doakan yang bebukan kat kau. Tapiii bila perangai kau dah setan sangat macam ni. Setiap patah perkataan yang kau bagi kat aku. InshaAllah berbalik pada kau. Aku rasa aku cukup sabar dah dengan kau. Tapi sabar sabar aku kau buat taik dengan aku.

P/s hati hati bila bercakap. Sebab kau ade ahli keluarga lain. Kau ade tunang. Jangan sampai berbalik pada diri sendiri.

16.10.14

first love ?

Hai... Sorry busy apekah yang sedang melanda hospital klang ni? Sampai nak duduk pun tak da masa ni.. Stress nye. Ok dah.. Post kali ni tak panjang. Just ade sikit nak bercerita. Nak tanya betul ke first love susah nak lupa? Mungkin... Or tak? If tanya aku. Actually tak semestinya. Dalam kes aku ni. Orang yang aku paling payah nak lupe kan ex yang bukan first love aku la. Dia ex yang paling paling susah aku nak lupakan . Seriously... Payah gila kot. Sendiri tak tahu kenapa and apa puncA dia and until now... Im here with da same feeling... Seakan akan perasaan tu tu tak pernah hilang. But.. Aku tahu Allah tengah uji diri aku. Apa pun yang terjadi. Benda tak akan sama macam 2010. Dia milik orang lain. Dan aku tahu aku yang kena melangkah pergi . Untuk melupakan sesuatu tak mungkin sehari dua. Mungkin sebulan..setahun... Maybe bertahun tahun. Macam kes aku. InshaAllah jodoh dan pertemuan Allah dah tentukan. InshaAllah akan bertemu yang sepatutnya suatu hari nanti. Aku doakan yang terbaik untuk kau.
Selamat malam. Esok keja pagi.

29.7.14

happy eid mubarak

Assalamualaikum and selamat petang blogger blogger sekalian. Last entry dah berlapuk habih!! Busy jah. Mana dan nak hupload hupdate blog segala. Ok. Sebelum terlewat terlambat nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin ikhlas dari saya siti aishah binti abd rahman . Kali ni merasa raya untuk 4 jam. Kerana tugas dan tanggungjawab menanti di hadapan. Dalam terpaksa ku relakan.*ecececehh* macam nak kene sepak jekan ayat kau! Tak payah nak terpaksa sangat la. Hihi.. Ok raya ni macam tak hado feel. Sebab busy keja. Beli baju raya pun last minute bagai.
Hanya ini yang mampu di upload kan. Maklum la raya 4jam kan. Lepas 4 jam pakai ni pulak.
Sedih pulak nak bercerita. Alhamdulilah tepat pukul 1.49 sampai ke klang untuk bertugas. 
Ni jela adik beradik yang ada untuk raya 2014. Yang selebih nya beraya bersama family mertua masing masing. Kami masih BUJANG. bujang ok. 
Hahaha.. Haip.. InshaAllah 3 tahun akan datang giliran saya pulak. Ecehhh.. Calon?? Hahah。。 terkedu sat nak menjawab. Calon tak hadoo lagi dah berangan. Tak apa slow slow ok. 
Pic ni tak da kaitan dengan raya. 

P/s : mohon maaf jika ada salah dan silap dari misi aishah.




9.3.14

panas tak semestinya sampai ke petang

Assalamualaikum kawan bloggersss!! Lama gilos iolss xhupdate benda ni. Dah bersarang sarang gamaknya. Ok kenapa entry nampak macam happy pulak ni pdhal title tu tak! Yup... CSS sedang sedih. Sedih kenapa lahaiii?? Kadang kadang normal manusia ada perasaan sedih gembira kecewa. Kan kan? Termasuk la iolss.. hurm... bila kita cuba utk pertahankan sesuatu sepayah mana pun.. bila Allah tetap tak mengizinkan. Maka takkan bertahan la ... sedih tak sedih kan. But untuk kebahagiaan masing masing hanya mampu berdoa supaya dapat dipertemukan jodoh satu hari nanti. Aminn....

Entry kali ni short sebab dah lewat. Iolss nak keje esok!!